Tuesday, 11 June 2013

undangan band untuk malam sejambak kasih

assalamualaikum
hai uools!hehe
alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk update blog saya harini
korg semua apa khabar?sihat?
emm,tadi kan korg,kawan saya ada bagi satu cadangan
dia kata apa kata saya tulis cerita yang saya cerita pada dia tadi untuk dibuat novel
then saya tak rasa saya boleh tapi dia cuba yakinkan saya
bila saya fikir2 balik mungkin saya boleh cuba
apa yang saya cerita pada dia tadi panjang jgak lah
tapi dia kata cuba olah lagi dan buat ada konflik supaya jalan cerita lebih menarik
okay,saya cubalah kalau macam tu
cerita yang saya maksudkan ialah...
saya kan suka berangan so saya cerita pada dia apa yang saya angankan
saya gembira ada jugak kawan yang pandai meneka bakat terpendam saya ni mungkin
hehe perasan pulak aku ni
lagi satu cerita...tahun ni mrupakan tahun terakhir saya bersekolah
so pihak sekolah adakan MALAM  SEJAMBAK KASIH
mcm promnight jgak la tapi kitorg tak ada lelaki
tahun ni berbeza skit dr thun2 yg sebelumnya
kitorg yg kne incharge sendiri utk majlis tu
cikgu2 akan pantau dr belakang jela so kitorg fikir maybe awesome kalau ada band
memandangkan tadi lepak dengan ketua pengawas so saya tanyalah tentang preparationnya
dia kata xde band sebab dia kata bising.ishhh apa la afreen ni
ttbe saya terfikir tentang kumpulan forteen!OMG!!!!!!!!
this is miracle haha memang tepat sangat pada waktunya
so saya bagitau apa yang saya fikirkan
dia setuju n dia akan sokong saya dari belakang
kawan saya yang ada disitu pon dia setuju
saya akan cuba lah
saya akan cuba utk contact manager ariz iaitu adik dia sendiri
dan tanya pasal bayaran n the date free x
sejujurnya saya tak berapa yakin untuk dapat tapi kawan saya kata cuba dulu
kawan saya ada kata mesti mahal nanti tapi saya sendiri tak dapat agak
macam mana nk contact kak ima pon saya sendiri x tau
kawan saya suruh guna twitter tapi saya tak yakin kak ima akan perasan or mungkin kak ima x nak layan
saya je yg follow dia.dia x follow saya so macam mana saya nak mention dia
hmmm,berat nye tugas ni tapi saya nak sangat forteen jadi band undangan kitorg utk majlis ni
saya akan cuba.hopefuly kak ima or mungkin ariz akan terima jemputan kitorg
saya nak undur diri dulu.salam sayang dari ika
assalamualaikum :))
hope korg berdua terima la undangan saya ni.harganya bagitau saja berapa.kami akan cuba sediakan
pleaseee ^_^

Monday, 10 June 2013

saya minta maaf

assalamualaikum
sepatutnya saya kene tidur sekarang
tapi disebabkan saya nak luahkan sesuatu
saya terpaksa tahan kejap
saya rasa nak minta maaf pada ariz dan pada diri sendiri
saya ada tgk video ariz ni
dia kata 'jangan minat dia pada rupa tapi minat dia pada diri dia seadanya
time tu saya terasa sangat
saya pon ada post blog haritu
yang mengatakan saya dah x minat izzue sebab dia dh kahwin
dan saya mula minat pada ariz pulak
sebenarnya cerita dia bukan begitu
saya tetap minat izzue kerana lakonannya
dan sekarang saya minat jugak dekat ariz
saya mulai sedar saya tak patut minat ariz kerana rupa
jadi,mulai harini saya akan minat ariz pada diri dia sendiri
pada ariz,memandangkan harini 10 Jun
jadi,saya mengucapkan selamat ulangtahun yang ke-24
semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan
pada izzue jugak,selamat pengantin baru
semoga kekal hingga ke akhir hayat dan bahagia selalu
nak sangat jumpa ariz face to face
sjak mnat ariz ni,saya selalu berangan dapat jumpa ariz
haha kantoilah kaki berangan
orang yang suka berangan ni sebenarnya
jarang dapat apa yang dihajati jadi sebab itulah dia selalu berangan
klau x percaya,cuba fikirkan apa yg saya cakapkan ni
hmm,dah banyak sngat ckap ni
mata pn dh ngantuk so saya tidur dululah
takut jugak jadi macam pagi tadi
migrain menyerang!
night!assalamualaikum :))

 p/s:aku akan sentiasa minat dia dan aku berdoa dapat jumpa dia satu hari nanti

alhamdulillah....lega!

assalamualaikum
alhamdulillah lega dengar keputusan peperiksaan dari kawan aku
hmm,tiba2 rasa macam setiap masa nak update dekat blog hehe
ni semua jadi lepas aku baca blog kak ayu jelitaz
macam kak ayu bagi aku inspirasi haha
k aku nak cerita yang harini aku tak pergi sekolah
sebab migrain.mungkin sebab aku tidur lambat malam tadi
pukul 4 kot aku tido.paling lambat dalam sejarah
sebab cuak punya pasal la haha
petang tadi lepas call kawan aku n dia bgtau result aku
aku lega.seriously lega gilaaaaa!
so sekarang aku boleh buat hwk dan bersedia utk ke sekolah besok
dengan gembiranya :)
mungkin besok akan jadi benda yang aku x jangka dan x suka
tapi aku dah bersedia juga redha dengan apa yang akan berlaku
okay kita cerita benda lain
mm,saya masih lagi dengan angan2 saya nak jumpa abg ARIZ LUFIAS
secara depan2 dan boleh terus contact
mungkin boleh dimulakan dengan masuk forteenagers tapi macam mana?
aku masih belum dapat macam mana nak masuk this fan club
tak pe sabar tu separuh daripada iman kan
so bersabarlah ika!hihi
this is me!this is real.i'm exactly where i'm supposed to be now
haha lagu demi loveto u ools
hai keekers!eh??
sorry2.haha hai bloggers!
saya ou dulu k
assalamualaikum :))

Sunday, 9 June 2013

entah la.aku sendiri tak tau apa semua ni he he he

<style>.ig-b- { display: inline-block; }
.ig-b- img { visibility: hidden; }
.ig-b-:hover { background-position: 0 -60px; } .ig-b-:active { background-position: 0 -120px; }
.ig-b-48 { width: 48px; height: 48px; background: url(//badges.instagram.com/static/images/ig-badge-sprite-48.png) no-repeat 0 0; }
@media only screen and (-webkit-min-device-pixel-ratio: 2), only screen and (min--moz-device-pixel-ratio: 2), only screen and (-o-min-device-pixel-ratio: 2 / 1), only screen and (min-device-pixel-ratio: 2), only screen and (min-resolution: 192dpi), only screen and (min-resolution: 2dppx) {
.ig-b-48 { background-image: url(//badges.instagram.com/static/images/ig-badge-sprite-48@2x.png); background-size: 60px 178px; } }</style>
<a href="http://instagram.com/atiqahbakarudin?ref=badge" class="ig-b- ig-b-48"><img src="//badges.instagram.com/static/images/ig-badge-48.png" alt="Instagram" /></a>

apa saja keputusan sering membuatkan aku tertanya2

assalamualaikum
besok dah mula sesi persekolahan setelah 2 minggu cuti sekolah
yang sebenarnya saya stress
terlalu stress memikirkan result exam saya
entah berapa yang saya dpat hasil x sebarapa itu
saya menyesal kerana x bersungguh revised balik tapi semasa menjawab tu saya buat sehabis mungkin
saya mula risau jika spm saya juga begitu
aduhhh tension nya memikirkan semua ni
sekarang sudah pukul sebelas empat puluh lima malam tapi saya masih tak ngantuk
kerana apa?kerana saya terlalu memikirkan sangat tentang keputusan mid term saya ini
hmm,apalah nasib
sejujurnya saya selalu berfikiran jauh ttapi pada pendapat rakan2 saya
saya berfikir terlalu jauh.x elok sebenarnya kerana akan memudaratkan diri sendiri
macam yang berlaku sekarang lah
cita2 saya nak jadi kaunselor sebab suka mendengar masalah orang
dan memberi pendapat atau nasihat
masalah nye saya sendiri tidak terurus dan meminta nasihat rakan hahaha
saya sememangnya seorang yang lasak dan sukakan aktiviti yang lasak
saya teringin melakukan aktiviti lasak tetapi masih dikongkong ibubapa dan kekangan kewangan
saya bercita2 untuk melakukan Semua aktiviti lasak ini apabila sudah bekerja
itu juga mempengaruhi saya utk bercita2 tinggi menjadi seorang anggota polis
tapi dihalang ibu(kerana ayah belum mengetahui cita2 ini)
sedikit terkilan tetapi bersabar kerana mungkin ayah akan mengizinkan
beza antara polis dan tentera?
kedua2 abg saya seorang askar jadi,mereka menceritakan bahawa perempuan dan lelaki
tiada bezanya.mereka dilatih bersama jadi atas nasihat abang saya janganlah masuk askar
itu membuatkan saya ingin menyertai polis
pasukan polis akan ada sesi menembak,masuk hutan,berkawad
mungkin lagi mudah berbanding askar tetapi tetap lasak
lega menceritakan semua bebanan ini di sni
saya merasakan mungkin tak ada seorang pon kawan saya yang akan memahami
walaupun kawan2 saya selalu bilang yang mereka bukan kawan sewaktu susah saje
saya tau tu.diorg sangat memahami saya tapi saya yang tak percaya diorg boleh memahami saya
kerana saya anggap saya seorang je yg ada masalah \dan saya selalu membebankan kawan2 saya
mungkin saya patut menyiapkan homework sekarang
alhamdulillah...
selamat malam assalamualaikum
tengok muka dia selalu membuatkan hati aku sejuk
terima kasih Allah atas ciptaanMU ini :))


Saturday, 8 June 2013

pengalaman mengajar erti kesabaran

assalamualaikum.
hai semua.
ika nak cerita sikit pasal kak sedara ika ni
ika rapat dengan dia
berbanding cousins yang lain
now ika ada perasan sesuatu tentang dia
dia sebenarnya penyabar
OMG!x sangka dia sebegitu
bukti ika cakap dia mcm tu sebab banyak kali ika tumpang dia balik kg
n then kak long or wan or sesiapa saja kalau marah dia mesti dia diam je
before ni dia agak baran skit tapi sekarang dia tak lagi macam tu
ada la skit dia berperangai begitu tetapi sebab dia dah x tahan
itu kita semua faham
mungkin sekarang dia lagi matang
alhamdulillah!ika pun nak ikut macam dia lah
korg doakan ika eh
assalamualikum :))

saya nak jumpa dia!!!!!!!!!

assalmualaikum
kali ni ika nak kongsikan tentang keinginan ika utk jadi seorang selebriti
opppps jangan slah sangka
ika nak jadi selebriti sebab ika nak jumpa seorang artis lelaki ni
yup!just because of that.
nak tau siapa dia?meh dekat2 haha


yeah dialah salah seorang ahli kumpulan forteen
kumpulan yang ditubuhkan oleh KRU
ika minat sangat dengan dia
sebenrnya dulu ika minat izzue tapi lepas izzue dah kahwin ika beralih plak pada ariz
handsome kan?macam mamat korea pon ada kan
ika berhasrat je nak jadi artis tapi ika tak cukup pakej pon nak jadi artis
k putar belit skit ayat haha
muka ika xdelah la cantik sgt,badan ika xdela slim sangat,suara ika xdela sedap sangat
so hasrat tinggal hasrat.cehhh pasrahnye ayat
ika fikir utk mejadi salah seorang ahli forteenagers tapi malu la
ahli baru masuk,x kenal sspe,then muda lagi
haihh mungkin ika boleh bekerja belakang tabir kot
tapi macam mana?
mungkin ada pembaca blog ika ni ada kne mgena dengan belakang tabir produksi?
hmm,jomlah kita layan gambar abg SAIFUL RIDZUAN B ABDUL HAMID










utk akk ayu jelitaz,ika minta maaf k sebab curi2 ambil gambar dari blog akk
http://yumizafabulous.blogspot.com
utk pembaca blog yang nak tahu pasal kak ayu ni boleh la bukak link ni
akk ayu memang awesome!
kak,macam mana nak joint forteenagers?
saya undur diri dulu ya wahai pembaca setia
assalamualaikum :))

Tuesday, 21 May 2013

'Geng kawad sekolah'

assalamualaikum
lamanya tak post blog
harini bersamaan 21 Mei,aku nak cerita sikit tentang masalah aku yang tak selesai2 lagi
cerita dia bermula selepas aku kenal seorang junior di sekolah aku
aku kenal dari f3 ke f2 tah tapi since tahun nii la rapat
then kami menjadi lebih akrab apabila saya mula terlibat dalam hal2 berkaitan kawad
saya gembira sangat mengenalinya.tak sangka kami boleh rapat sebegitu cepat.
dia juga sudah mengisytiharkan kami GENG.cehhhh macam cerita'geng bas sekolah'
habis kawad daerah,kawad sekolah pula memanggil.ahli kawad ttbe mengucapkan selamat tinggal pada kawad kaki dengan pelbagai alasan.kesian adik saya ni juga merupakan ketua platun kawad ini
hmm,okay start cerita yang penuh konflik
niat aku mahu membantu tapi rupanya ada yang x sudi
x sangka sebenarnya dia x suka aku joint kawad.so saddd
then aku pun merajuk.alik2 aku yang kne 'pujuk' dia sebab dia xde accept aku sebagai follower di twitterrr
sebenarnya dia x perasan.budak hot la katakan.mana nak perasan...
dan kami bermaaf-maafan.disitulah permulaan masalah aku padanya.
aku mintak utk lebih merapatkan silaturrahim.tapi ditolak
aku paham.walaupun sejujurnya dalam hati aku sayanggg gila budak ni macam adik aku
dia mula jauhkan diri dari aku.aku pun jauhkan diri jugak tapi tak selesa pulak
aku cuba cari sebabnya dan kawan baiknya juga kawan aku menceritakan hal sebenar
aku faham dan cuba memperbetulkan situasi tetapi rasanya tiada gunanya lagi
hubungan persahabatan kami sudahpun hambar.
kini,tiada lagi gurauan,teguran mahupun senyuman yang mengeratkan kami
mungkin ini menjadi masalah aku seorang kerana mungkin baginya aku hanya senior biasa yang baru dikenali
semua tu menjadi kekusutan dalam fikiran aku semenjak haritu
alhamdulillah kini aku mula untuk tidak terlalu memikirkannya
ini saja kisah hidupku yang ingin aku kongsikan bersama
sekian,assalamualaikum :)